1 kes dalam masyarakat antara 18 jangkitan baru COVID-19 di S'pura
18 kes baru COVID-19 dilaporkan di Singapura setakat tengah hari Sabtu (3 Apr).

(Gambar: Marcus Mark Ramos)
SINGAPURA: 18 kes baru COVID-19 dilaporkan di Singapura setakat tengah hari Sabtu (3 Apr).
Satu daripadanya melibatkan jangkitan dalam masyarakat.
Baki 17 kes diimport dan dikenakan Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) setiba mereka di Singapura, menurut Kementerian Kesihatan (MOH) dalam kemas kini awal hariannya.
Tiada jangkitan baru dikesan dalam dormitori pekerja migran.
Perincian kes akan didedahkan malam ini.
Singapura melaporkan 60,468 kes COVID-19 setakat Sabtu.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.