Images
  • zakir naik
    Pendakwah Dr Zakir Naik. (Gambar: Facebook/Dr Zakir Naik)

Zakir Naik dipantau polis M'sia

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memantau kegiatan harian penceramah bebas, Dr Zakir Naik di negara itu.

Ketua Polis Negara Malaysia, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata perkara itu bagi memastikan beliau bebas konflik serta tiada isu yang boleh menjejaskan ketenteraman awam serta keselamatan negara, lapor Astro Awani.

Malah tegasnya, PDRM juga tidak boleh melakukan proses penyerahan balik ke atas penceramah bebas itu kerana tiada permohonan rasmi daripada kerajaan India.

"Untuk makluman, kita tiada menerima apa-apa permohonan ekstradisi secara rasmi. Macam mana kita mahu mengambil tindakan menyerah balik jika tiada permohonan dibuat.

"Apa yang PDRM lakukan sekarang adalah kita memantau secara rapat aktiviti harian beliau (Zakir). Kita pantau jika pergerakan beliau boleh menjejaskan ketenteraman awam dan keselamatan negara," katanya seperti yang dipetik oleh Astro Awani.

Beliau berkata dalam sidang media selepas membuat lawatan kerja ke Unit Tindakan Khas (UTK) di Lapang Sasar, Bridged tengah Cheras.

Encik Mohamad Fuzi turut mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Dewan rakyat baru-baru ini.

Dalam pada itu, beliau memberi jaminan PDRM akan mengambil tindakan ke atas penceramah bebas itu jika Dr Zakir didapati mempunyai niat untuk mempromosikan aktiviti keganasan di negara itu, lapor Astro Awani.

- Agensi berita/NK/nk

Komen Anda?

Top