Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Xi Jinping sambut ulang tahun ke-20 Britain pulangkan Hong Kong pada China

Presiden China, Xi Jinping, kini berada di Hong Kong sempena ulang tahun ke-20 Britain memulangkan wilayah jajahannya itu kepada China.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 29 Jun 2017 07:41PM Dikemas Kini : 29 Jun 2017 09:41PM

HONG KONG: Presiden China, Xi Jinping, kini berada di Hong Kong sempena ulang tahun ke-20 Britain memulangkan wilayah jajahannya itu kepada China.

Beliau dikatakan tiba petang tadi.

Dalam ucapan ringkasnya di lapangan terbang ini, Presiden Xi berkata beliau menetapkan tiga tujuan bagi lawatannya ini.

Beliau mahu mengucapkan selamat kepada Hong Kong, menegaskan sokongan China kepada wilayah pentadbiran khasnya ini dan merancangkan masa depan Hong Kong.

Presiden Xi akan berada di Hong Kong selama tiga hari.

Beliau akan menghadiri beberapa pertemuan privet dan rasmi serta melakukan upacara angka sumpah Ketua Eksekutif baru Hong Kong, Carrie Lam.

Pada 1 Julai 1997, Britain memulangkan Hong Kong kepada China di bawah prinsip "satu negara, dua sistem".

Ia menjamin kuasa autonomi yang luas dan kebebasan bidang kehakiman Hong Kong.

Namun para penduduk Hong Kong kini semakin bimbang, China akan menggugat kebebasan wilayah ini.

Dan menjelang ulang tahun ke-20 Hong Kong kembali kepada China, kawalan keselamatan di wilayah ini amat ketat.

Selain acara-acara sambutan meriah, 1 Julai nanti juga dijangka diwarnai dengan tunjuk-tunjuk perasaan.

Bahkan tunjuk perasaan sudahpun diadakan semalam menjelang ketibaan Presiden Xi.

Sumber : Agensi berita/ur
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan