Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

WSJ: FBI lancarkan siasatan berkaitan dakwaan pemerdagangan wang 1MDB

Biro Siasatan Federal Amerika (FBI) melancarkan satu siasatan berkaitan dakwaan pemerdagangan wang oleh syarikat pelaburan milik negara Malaysia yang bermasalah, 1MDB.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 20 Sep 2015 01:56PM Dikemas Kini : 20 Sep 2015 09:09PM

KUALA LUMPUR: Biro Siasatan Federal Amerika (FBI) melancarkan satu siasatan berkaitan dakwaan pemerdagangan wang oleh syarikat pelaburan milik negara Malaysia yang bermasalah, 1MDB.

Demikian menurut akhbar Amerika, the Wall Street Journal yang menukil seseorang yang dikatakan mengetahui tentang kes itu, namun tidak memberikan perincian tentang bidang siasatan yang dimaksudkan.

Kedua-dua pihak sama ada FBI atau 1MDB tidak memberikan sebarang respons terhadap pentayaan media mengnai hal itu.

Siasatan FBI itu dikatakan dilancarkan sejurus selepas seorang bekas Ketua Parti UMNO Khairuddin Abu Hassan di tahan mengikut akta 124C kerana dituduh cuba menggulingkan kerajaan, sebelum beliau meninggalkan negara itu untuk ke Amerika Syarikat.

Beliau sebelum itu merancang untuk membuat laporan Polis dan meminta pihak berkuasa Amerika untuk menyiasat mengenai dakwaan skandal pemerdagangan wang membabitkan 1MDB. 

Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan