Warga Rohingya dibunuh, didera, diperkosa, dibakar - Laporan Amnesty International
Badan hak asasi manusia antarabangsa, Amnesty International, mengeluarkan laporan mengenai para pelarian Rohingya.
MYANMAR: Badan hak asasi manusia antarabangsa, Amnesty International, mengeluarkan laporan mengenai para pelarian Rohingya.
Laporan itu mengandungi perincian tindakan pasukan keselamatan Myanmar yang disifatkan sebagai jenayah kemanusiaan terhadap para penduduk Rohingya di wilayah Rakhine.
Menurut laporan itu pihak tentera, polis dan kumpulan bersenjata membunuh, mendera, memperkosa dan mengusir para penduduk Rohingya.
Laporan itu berdasarkan keterangan lebih 120 penduduk Rohingya yang melarikan diri ke Bangladesh serta karyawan perubatan, pekerja bantuan, wartawan dan para pegawai Bangladesh.
Malah menurut laporan itu, ada penduduk yang sengaja dibakar hidup-hidup, termasuk kanak-kanak.
Analisis imej satelit mendedahkan kawasan-kawasan orang Rohingya seperti di Inn Din Timur dibakar.
Amnesty International menyatakan keadaan itu mencerminkan adanya perbuatan sengaja hendak mengusir para penduduk.
Di bawah undang-undang antarabangsa perbuatan sedemikian merupakan satu jenayah terhadap kemanusiaan.
Myanmar dengan tegas menolak dakwaan-dakwaan yang terkandung dalam laporan hak asasi kemanusiaan antarabangsa itu.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.