Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Warga emas maut dalam kemalangan motosikal menuju tempat kerja

Seorang warga emas maut dalam kemalangan motosikal di Jalan Ladang Kombok Ulu Lalang, ketika dalam perjalanan menuju ke tempat kerjanya.

Anggaran Waktu Membaca:
Warga emas maut dalam kemalangan motosikal menuju tempat kerja

Gambar fail Hospital Tuanku Ja’afar Seremban. (Gambar: The Easiest Gateway to my links/ Facebook)

Diterbitkan : 19 Nov 2017 11:18AM Dikemas Kini : 19 Nov 2017 11:25AM

SEREMBAN: Seorang warga emas maut dalam kemalangan motosikal di Jalan Ladang Kombok Ulu Lalang, ketika dalam perjalanan menuju ke tempat kerjanya.

Dalam kemalangan yang berlaku pada sekitar jam 6.55 pagi itu, mangsa M.Thangavelu, 61 tahun, maut di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan kaki.

Mangsa menunggang motosikal jenis Honda C100 dan dipercayai terbabas dan tercampak di atas jalan raya.

Pemangku Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik tempatan, DSP Yazib Kasim mengesahkan kejadian itu.

Beliau berkata mayat lelaki itu dibawa ke unit forensik Hospital Tuanku Ja’afar Seremban untuk dibedah siasat dan waris mangsa sudah dimaklumkan mengenai kejadian ini.

Sumber : Bernama/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan