Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

"Wanita untuk penuhi keperluan lelaki" - komen 'kontroversil' ahli psikiatri buat warga siber marah

Nasihat seorang konsultan psikiatri, Tarek al-Habib, dianggap penuh kontroversi dan menjadi viral, mencetuskan kemarahan dalam kalangan warga siber.

Anggaran Waktu Membaca:
"Wanita untuk penuhi keperluan lelaki" - komen 'kontroversil' ahli psikiatri buat warga siber marah

Petikan gambar Tarek al-Habib. (Gambar: Petikan dari YouTube)

Diterbitkan : 11 Oct 2017 06:10PM Dikemas Kini : 11 Oct 2017 06:27PM

ARAB SAUDI: Nasihat seorang konsultan psikiatri, Tarek al-Habib, dianggap penuh kontroversi dan menjadi viral, mencetuskan kemarahan dalam kalangan warga siber.

Encik Tarek, dalam satu rancangan televisyen, menasihati kaum wanita supaya "menggunakan lelaki untuk mendapatkan anak" dan menyatakan bahawa kaum lelaki perlu "menggunakan wanita untuk memenuhi keperluan mereka", lapor laman Al-Arabiya.

Bercakap kepada Al-Arabiya.net, Encik Tarek menjelaskan bahawa video itu dipetik luar daripada konteksnya. Ini kerana semasa rancangan televisyen itu berlangsung, beliau sedang bercakap kepada seorang wanita berusia 37 tahun itu yang bersedih kerana masih bujang dan beliau memberikan nasihat "bernikah untuk mendapatkan anak sebelum terlambat".

Yang menariknya, video itu dirakam dua tahun lalu, namun baru-baru ini menjadi viral di media sosial.

Kebanyakan warga siber begitu marah dengan kenyataan Encik Tarek, namun sebahagian yang lain mempertahankannya dengan berkata ia adalah pandangan peribadi beliau atau mungkin satu "kesilapan".

Encik Tarek juga berkata beliau masih memberikan nasihat yang sama kepada kaum wanita yang masih belum berkahwin dan mahu menimang cahaya mata, lapor Al-Arabiya.

"Malah, jika perkahwinan seorang lelaki dengan seorang wanita adalah untuk memenuhi keperluan mereka juga tidak mengapa. Ini adalah keperluan-keperluan yang boleh dipenuhi dengan pasangan saling membantu. Dengan merumitkan perkahwinan, kami menghalangnya dan membuka jalan bagi wanita dan lelaki untuk melakukan perbuatan yang dilarang," kata Encik Tarek lagi seperti yang ditukil laman Al-Arabiya.

Sumber : Agensi berita/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan