Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Wanita tergamak cungkil biji mata anak tiri yang kencing malam

Seorang ibu tiri begitu berang anak tiri lelakinya kencing malam, dia dipercayai tergamak mencungkil keluar kedua-dua biji mata budak berusia 4 tahun itu.

Anggaran Waktu Membaca:
Wanita tergamak cungkil biji mata anak tiri yang kencing malam

(Gambar hiasan: PEDRO PARDO / AFP)

Diterbitkan : 24 Mar 2017 11:57PM Dikemas Kini : 25 Mar 2017 12:10AM

ZIMBABWE: Seorang ibu tiri begitu berang anak tiri lelakinya kencing malam, dia dipercayai tergamak mencungkil keluar kedua-dua biji mata budak berusia 4 tahun itu.

Lebih kejam lagi, wanita itu dikatakan ketawa sedang kanak-kanak malang itu hanya mampu duduk di atas lantai dengan bajunya berlumuran darah, apabila polis tiba di rumahnya, lapor laman Daily Mail.

Kejadian menggemparkan itu berlaku di wilayah Masvingo, Zimbabwe Tengah, dan wanita tersebut dilaporkan sudahpun mengaku melakukan tindakan tidak berperikemanusiaan tersebut.

Malah menurut Daily Mail, apabila ditanya para pegawai mengapa dia tergamak melakukan demikian, si ibu tiri berkata "Dia bukan anak aku."

Tidak jelas sama ada bapa mangsa berada di rumah ketika serangan itu berlaku.

Gambar-gambar yang dipetik menunjukkan kanak-kanak tersebut, yang kini terpaksa hidup tanpa biji mata seumur hidupnya, dengan kedua-dua lesung matanya hanya tinggal tisu.

Kes itu sedang disiasat polis Zimbabwe, yang belum mendedahkan dakwaan apa yang bakal dihadapi wanita berkenaan, lapor Daily Mail. 

Sumber : Agensi berita/nd
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan