Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Wanita tawar khidmat seks kepada polis didenda RM4,000

Seorang wanita berusia 51 tahun didenda RM4,000 (S$1,285) atau empat bulan penjara oleh Majistret kerana menawarkan perkhidmatan seks kepada seorang anggota polis di kaki lima sebuah kedai pakaian pada Selasa (17 Okt).

Anggaran Waktu Membaca:
Wanita tawar khidmat seks kepada polis didenda RM4,000

Gambar hiasan kereta polis Malaysia. (Gambar: AFP/Kamarul Akhir)

Diterbitkan : 19 Oct 2017 08:34PM Dikemas Kini : 19 Oct 2017 08:35PM

KUALA LUMPUR: Seorang wanita berusia 51 tahun didenda RM4,000 (S$1,285) atau empat bulan penjara oleh Majistret kerana menawarkan perkhidmatan seks kepada seorang anggota polis di kaki lima sebuah kedai pakaian pada Selasa (17 Okt).

Majistret Zuhair Rosli menjatuhkan hukuman itu terhadap Tang Moy Lan selepas dia mengaku bersalah menawarkan khidmat seks kepada Lans Koperal Mohamad Yusoff Abdullah, 56 tahun, dengan bayaran RM100 (S$32) untuk sekali perkhidmatan itu.  

Kesalahan itu dilakukan di kaki lima kedai pakaian Hari-Hari, Jalan Petaling, pada jam 10.40 malam, Selasa lalu (17 Okt). Dia didakwa mengikut Seksyen 372B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum setahun atau denda atau kedua-duanya.  

Tertuduh, yang tidak diwakili peguam, gagal membayar denda itu.    

Terdahulu, ketika diminta mengemukakan rayuan oleh Zuhair, tertuduh hanya menggelengkan kepalanya.

Timbalan Pendakwa Raya, Siti Hajar Mohd Ashif memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal berbentuk pengajaran kepada tertuduh.  

Sumber : Bernama/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan