Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Wanita Lebanon gali kubur anaknya demi beri ruang untuk mayat pelarian Syria

Seorang wanita Lubnan menggali semula kubur anaknya demi memberikan ruang kepada mayat kanak-kanak lelaki pelarian Syria untuk dikebumikan.

Anggaran Waktu Membaca:
Wanita Lebanon gali kubur anaknya demi beri ruang untuk mayat pelarian Syria

Gambar ibu yang menggali semula kubur anaknya. (Gambar: Facebook / Refugee Without Borders)

Diterbitkan : 20 Jul 2017 08:37PM Dikemas Kini : 20 Jul 2017 08:50PM

LUBNAN: Seorang wanita Lubnan menggali semula kubur anaknya demi memberikan ruang kepada mayat kanak-kanak lelaki pelarian Syria untuk dikebumikan.

Pelarian Syria itu maut minggu lalu dalam satu kebakaran, dan tiada tempat untuk dikebumikan, menurut laman Al Arabiyya.

Badan kemanusiaan, Refugee Without Borders memuatnaik gambar-gambar di Facebook yang menunjukkan seorang wanita menggali kubur di Lembah Bekaa.

Catatannya itu berbunyi begini:

"Seorang wanita Lubnan menggali semula kubur anaknya sendiri yang meninggal dunia setahun lalu dan mengebumikan budak lelaki Syria yang maut kerana kebakaran di kem pelarian semalam di Lembah Bekaa, selepas semua perkampungan berdekatan tidak mahu mengebumikannya di tanah perkuburan mereka."

Menurut laman Al Arabiyya berita tempatan melaporkan tidak jelas lagi mengapa perkuburan yang lain tidak mahukan anak pelarian Syria itu, tetapi kebanyakan kawasan di negara itu mengeluarkan larangan untuk menyekat pelarian daripada dikebumikan di kawasan mereka kerana terlalu sesak.

Lubnan kini menampung 1.5 juta pelarian, iaitu sekitar 30 peratus jumlah penduduk Lubnan. Laman Al Arabiyya juga menambah kebanyakan daripada mereka tinggal di lembah Bekaa dan utara Lubnan, dengan keadaan kehidupan yang teruk dan tiada sumber untuk menampung kehidupan.  

Sumber : Agensi berita/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan