Images
  • leash man
    (Gambar: Petikan skrin dari video)

Wanita heret lelaki dengan rantai besi di leher

JOUNIEH: Sebuah video yang tular di media sosial mencetuskan kekecohan di Lubnan selepas ia menunjukkan seorang wanita ‘mengheret’ seorang lelaki di khalayak ramai – dengan rantai besi yang dililit pada leher lelaki itu. Perbuatan seperti itu lazimnya dibuat untuk haiwan peliharaan seperti anjing.

Video berkenaan menunjukkan wanita tersebut berbuat demikian sambil memasuki restoran di kawasan Jounieh di Daerah Keserwan, Lebanon.

Tindakan mengejutkan itu malah tidak terhenti setakat di situ. Dalam petikan laporan Al Arabiya, wanita itu turut menyuruh lelaki tersebut duduk di lantai manakala beliau sebaliknya makan di meja itu.

‘Drama’ itu juga berterusan sehingga mereka meninggalkan tempat itu dan lelaki itu mencium kaki wanita berkenaan apabila beliau meninggalkan tempat tersebut dalam keretanya.

Pasukan keselamatan sudah menangkap kedua-dua mereka. Media tempatan, seperti ditukil Al Arabiya, turut melaporkan bahawa wanita dalam video itu adalah seorang pelacur.

Ketua Pengarah Pasukan Keselamatan Dalam Negeri mengatakan wanita itu juga berkelakuan tidak senonoh di tempat awam.

Menurut Al Arabiya, sumber keselamatan mengenal pasti lelaki itu sebagai M.R., berusia 31 tahun dan mendedahkan bahawa wanita yang bernama “Elissa” itu berusia 34 tahun. 

- Agensi berita/IM/im

Komen Anda?

Top