Images
  • congo
    Seorang wanita dengan anaknya yang melarikan diri dari kumpulan pemberontak. (Gambar fail: JUNIOR D. KANNAH/AFP)

Wanita dirogol, dipenggal gara-gara hidang cebisan ikan

KONGO: Seorang wanita di Republik Demokratik Kongo dirogol, dirotan dan dipenggal kepala secara terbuka oleh kumpulan pemberontak kerana dituduh melanggar pantang larang ketika perang.

Lebih mengaibkan, beliau juga dipaksa berlaku sumbang bersama anak tirinya yang berusia kira-kira 20 tahun di khalayak ramai sebelum kedua-duanya dibunuh, menurut laporan Daily Mail.

Darah wanita itu diminum beberapa anggota pemberontak selain kepalanya diarak di keliling bandar.

Menurut Daily Mail, wanita itu diperlakukan sedemikan setelah didakwa menghidang sajian terlarang yang mengandungi cebisan isi ikan di restorannya kepada kumpulan pemberontak Kamuina Nsapu di bandar Luebo.

Kumpulan itu mempunyai kepercayaan karut di mana mereka dilarang makan daging, ikan, daun ubi kayu, anggur, minyak masak dan bunga raya ketika perang.

Selain itu, mereka juga dilarang mandi dan mengadakan hubungan seks.

Video hampir lapan minit yang tersebar dengan jelas memaparkan bagaimana mangsa dirogol dan dibunuh, menurut Daily Mail.

Mayat kedua-dua mangsa dibiarkan di tempat kejadian selama dua hari sebelum ditanam di lokasi sama.

- Agensi berita/SM/sm

Komen Anda?

Top