Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Wanita cuba gugurkan bayi 6 bulan dengan penyangkut baju

Seorang wanita didakwa tergamak cuba menggugurkan bayi dengan penyangkut baju.

Anggaran Waktu Membaca:
Wanita cuba gugurkan bayi 6 bulan dengan penyangkut baju

Foto hiasan. (Gambar: AFP/Philippe Huguen)

Diterbitkan : 03 Dec 2016 01:17AM Dikemas Kini : 03 Dec 2016 01:23AM

TENNESSEE, AMERIKA SYARIKAT: Seorang wanita didakwa tergamak cuba menggugurkan bayi dalam kandungannya yang berusia enam bulan dengan menggunakan penyangkut baju.

Menurut Daily Mail, dalam kejadian September 2015 itu, Anna Yocca, 32 tahun, dari Tennessee, memenuhkan sebuah tab mandi dengan air, masuk ke dalam tab itu, dan cuba menggugurkan bayinya dengan kaedah itu.

Selepas Yocca mengalami pendarahan teruk, teman lelakinya mengejarkannya ke hospital.

Meskipun bayi dalam kandungan wanita itu diperlakukan begitu, ia masih hidup dan dilahirkan menerusi kaedah caesarean dengan seberat hanya 0.68 kilogram, lapor Daily Mail.

BAYI PERLU PERHATIAN PERUBATAN SEPANJANG HIDUP

Malangnya, meskipun selamat dilahirkan, para doktor berkata bayi lelaki itu mengalami kecederaan pada matanya, paru-parunya dan jantungnya akibat percubaan ibunya untuk menggugurkannya, menurut WGNS Radio. Oleh itu, kanak-kanak itu akan memerlukan perhatian perubatan sepanjang hayatnya.

Daily Mail melaporkan bayi itu ketika itu dijaga oleh Jabatan Khidmat Kanak-Kanak namun tidak jelas di mana ia ditempatkan sekarang.

Ibu budak itu, Yocca, yang ditangkap pada Disember tahun lalu, kini dikenakan tiga dakwaan baru iaitu serangan teruk dengan senjata, percubaan pemerolehan pengguguran bayi dan percubaan menggugurkan bayi yang salah di segi undang-undang, menurut Daily Mail.

Yocca mulanya didakwa atas percubaan membunuh namun ia dikurangkan kepada dakwaan serangan teruk.

Sumber : Agensi berita/nd
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan