Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Wanita 21 tahun mengaku tidak bersalah memandu melulu, sebabkan kematian 8 remaja

Seorang jurujual wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Trafik atas pertuduhan memandu secara melulu hingga menyebabkan kematian lapan remaja lelaki pada 18 Februari lepas.

Anggaran Waktu Membaca:
Wanita 21 tahun mengaku tidak bersalah memandu melulu, sebabkan kematian 8 remaja

Nahas yang mengorbankan lapan remaja berbasikal di Johor. (Gambar: Kelab Info Malaysia/ Facebook)

Diterbitkan : 29 Mar 2017 09:38AM Dikemas Kini : 29 Mar 2017 09:43AM

JOHOR BAHRU: Seorang jurujual wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Trafik atas pertuduhan memandu secara melulu hingga menyebabkan kematian lapan remaja lelaki pada 18 Februari lepas.

Sam Ke Ting, 21 tahun membuat pengakuan tersebut di hadapan Majistret Salina Omar selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah semalam (28 Mac).

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di Jalan Lingkaran Dalam pada 3.20 pagi menurut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda tidak melebihi RM20,000 (S$6,324) serta lesen memandu digantung.

Mahkamah turut memutuskan tertuduh diikat jamin RM10,000 (S$3,160) dengan seorang penjamin selain pasport diserahkan kepada mahkamah dan lesen memandu digantung sehingga kesnya selesai.

Mahkamah menetapkan 13 April ini sebagai tarikh pengurusan kes.

Pendakwaan dikendalikan Pengarah Pendakwaan Johor Roslan Mat Nor manakala tertuduh diwakili peguam Faizal Mokhtar dan Bustaman Menon.

Dalam kejadian itu, sebuah kereta yang dipandu seorang wanita merempuh sekumpulan remaja yang sedang berbasikal di tepi jalan berkenaan.

Insiden itu menyebabkan lapan remaja - Muhammad Firdauz Danish Mohd Azhan, 16; Mohammad Azrie Danish Zulkefli, 14; Haizad Kasrin, 16; Muhammad Shahrul Nizam Maruddin, 14; Fauzan Halmijan, 13; Muhamad Shahrul Izzwan Azzuraimee, 14; Mohamad Azhar Amir,16; dan Muhammad Harith Iskandar Abdullah, 14 maut.

Kejadian itu turut mencederakan lapan lagi remaja lelaki lain yang turut serta dalam aktiviti berkenaan. 

LAPORAN BERKAITAN:

Sumber : Bernama/nd
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan