Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Walau masih bertikai, Arab Saudi alu-alu semua jemaah Qatar tunaikan ibadah haji, umrah

Di tengah-tengah krisis berterusan antara negara-negara Teluk, Arab Saudi tetap mengalu-alukan para jemaah dari Qatar yang mahu menunaikan ibadah haji dan umrah.

Anggaran Waktu Membaca:
Walau masih bertikai, Arab Saudi alu-alu semua jemaah Qatar tunaikan ibadah haji, umrah

Masjidil Haram, Makkah. (Gambar: AMER HILABI / AFP)

Diterbitkan : 21 Jul 2017 04:28PM Dikemas Kini : 21 Jul 2017 04:30PM

JEDDAH: Di tengah-tengah krisis berterusan antara negara-negara Teluk, Arab Saudi tetap mengalu-alukan para jemaah dari Qatar yang mahu menunaikan ibadah haji dan umrah.

Demikian menurut Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi hari ini (21 Jul), dalam petikan laporan Arab News.

Kementerian itu menyatakan para jemaah tersebut boleh menunaikan ibadah pada bila-bila masa, meskipun Empat Negara Antipengganasan (ATQ), yang turut dianggotai Arab Saudi, memutuskan hubungan dengan Doha menyusuli dakwaan menyokong pengganasan.

Menurut Arab News, bagi ibadah umrah, para jemaah dari Qatar boleh menaiki pesawat ke Arab Saudi melalui sebarang syarikat penerbangan kecuali Qatar Airways, dedah kementerian berkenaan.

Warga Qatar serta ekspatriat dengan visa penduduk Qatar yang memiliki permit haji dari kementerian Arab Saudi dan badan-badan relevan di Qatar boleh memasuki negara tersebut melalui syarikat penerbangan yang dipilih oleh Doha dan diluluskan oleh Penguasa Besar bagi Penerbangan Awam (GACA) Arab Saudi.

Bagaimanapun, para jemaah itu hanya harus memasuki melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdul Aziz di Jeddah dan Lapangan Terbang Putera Mohamed bin Abdul Aziz di Madinah semasa musim haji ini, menurut kementerian tersebut.

Jumlah visa bagi jemaah umrah tahun ini, seperti ditukil Arab News, turut mencecah paras rekod pada 6.75 juta, dedah kementerian itu.

Sumber : Agensi berita/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan