Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Wabak taun di Yaman, 115 mati dari April hingga Mei

Ia jauh lebih tinggi berbanding jumlah yang dilaporkan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB), tiga hari sebelumnya, iaitu 51 kematian.

Anggaran Waktu Membaca:
Wabak taun di Yaman, 115 mati dari April hingga Mei

Anggota keluarga bersama dengan para pesakit taun di Yaman. (Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 15 May 2017 09:37PM Dikemas Kini : 15 May 2017 09:38PM

YAMAN: Wabak taun yang menular di Yaman sejak dua minggu lepas meragut sekurang-kurangnya 115 nyawa.

Demikian menurut Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC).

Ia jauh lebih tinggi berbanding jumlah yang dilaporkan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB), tiga hari sebelumnya, iaitu 51 kematian.

8,500 lagi pesakit dirawat di hospital, yang menghadapi masalah untuk menangani pembanjiran pesakit itu.

"Kami kini berdepan wabak serius taun," kata pengarah operasi ICRC Dominik Stillhart pada satu sidang media di ibu kota Sanaa.

Lebih 8,500 kes disyaki berpunca daripada penyakit bawaan air itu dilaporkan dalam tempoh yang sama di 14 daerah di seluruh Yaman, berbanding 2,300 kes di 10 daerah, tambah beliau.

Ini merupakan wabak kali kedua yang melanda Yaman, dalam kurang setahun.

Negara Arab paling miskin itu masih berperang antara pemerintah yang disokong Arab Saudi dan pemberontak Houthi yang disokong Iran.

Semua hospital dibanjiri pesakit yang menunjukkan gejala taun, jangkitan bakteria yang berlaku apabila pesakit mengambil makanan atau air tercemar.

"Sehingga empat pesakit berkongsi satu katil bujang," kata Stillhart.

"Ada juga beberapa pesakit di taman, malah ada juga di dalam kereta mereka."

Prtubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyenaraikan Yaman sebagai salah satu negara yang berada dalam keadaan kecemasan kemanusiaan paling buruk di dunia di samping Syria, Sudan Selatan, Nigeria dan Iraq.

Import makanan juga berada dalam keadaan kritikal sedang banyak pelabuhan negara itu di Laut Merah dikepung.

Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memberi amaran bahawa 17 juta penduduk, yang merupakan dua pertiga daripada penduduknya, berisiko diancam kebuluran.

Sumber : Reuters/ur
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan