Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Video viral pergaduhan di Ipoh tidak benar

 Tiada sebarang insiden pergaduhan di Tambun sehingga menyebabkan seorang lelaki putus tangan sebagaimana video viral di laman sosial menunjukkan semalam (18 Okt).

Anggaran Waktu Membaca:
Video viral pergaduhan di Ipoh tidak benar

ACP Sum Chang Keong (Gambar: BERNAMA)

Diterbitkan : 19 Oct 2017 08:51AM Dikemas Kini : 19 Oct 2017 08:54AM

IPOH: Tiada sebarang insiden pergaduhan di Tambun sehingga menyebabkan seorang lelaki putus tangan sebagaimana video viral di laman sosial menunjukkan semalam (18 Okt).

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Sum Chang Keong berkata gambar serta komen netizen yang mendakwa pergaduhan itu berlaku antara kaum Melayu dan Cina tidak benar sama sekali dan sehingga kini tiada sebarang aduan polis diterima tentang kejadian tersebut.

Mengulas mengenai satu lagi video viral berhubung pergaduhan di Ipoh Garden, Sum berkata pihaknya menerima dua aduan polis mengenai kejadian itu.

"Bagi laporan pertama, seorang wanita membuat aduan Ahad lalu (16 Okt) sekitar 1.30 pagi mengatakan dia dipukul sekumpulan lelaki dan seorang perempuan di hadapan sebuah bank kerana dituduh mengganggu seseorang.

"Akibat kejadian itu, wanita tersebut mendapat kecederaan di jari, kepala dan kaki," katanya dalam kenyataan di sini, malam semalam (18 Okt). 

Sum berkata bagi aduan kedua, seorang lagi wanita mendakwa dipukul 10 lelaki dan empat perempuan di hadapan sebuah pusat hiburan di Ipoh Garden kira-kira 2.30 pagi, hari yang sama (16 Okt) kerana dituduh ‘mencari pasal’ dengan wanita yang membuat aduan pertama.

"Wanita itu turut mendapat kecederaan di kepala, badan, leher dan kaki. Kita telah menyiasat kedua-dua aduan di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan," katanya.

Dalam pada itu, Sum menegaskan kejadian dalam gambar dan video yang tular di laman sosial itu bukan kes yang sama dan menasihatkan orang ramai supaya berhenti membuat perkongsian mengenai kejadian tersebut.


Sumber : Bernama/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan