Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Video rasmi papar detik indah majlis akad nikah Tunku Tun Aminah dan Dennis Muhammad

Video rasmi sekitar akad nikah puteri Johor, Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah Binti Sultan Ibrahim dan Encik Dennis Muhammad Abdullah kini boleh ditonton orang ramai.

Anggaran Waktu Membaca:
Video rasmi papar detik indah majlis akad nikah Tunku Tun Aminah dan Dennis Muhammad

(Gambar: HANDOUT / ROYAL PRESS OFFICE / AFP)

Diterbitkan : 18 Aug 2017 12:39PM Dikemas Kini : 18 Aug 2017 12:44PM

BERITAMediacorp: Video rasmi sekitar akad nikah puteri Johor, Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah Binti Sultan Ibrahim dan Encik Dennis Muhammad Abdullah kini boleh ditonton orang ramai.

Video yang dimuatnaik ke laman Facebook 'The Royal Johor' itu merakamkan detik-detik semasa berlangsungnya majlis akad nikah yang berlangsung di Istana Bukit Serene, Johor Bahru pada 14 Ogos lalu.

Dalam video tersebut, orang ramai dapat melihat hiasan bunga serta keadaan di sekitar kawasan Istana dengan lebih dekat lagi.

Malah, detik-detik indah dan manis turut dirakam semasa Tunku Tun Aminah menitiskan air mata dan saat Encik Dennis Muhammad Abdullah melafazkan akad nikah dalam bahasa Melayu.

Mereka yang sudahpun menonton video berkenaan di laman Facebook tersebut juga rata-rata memberikan komen positif mengenai majlis diraja itu.

Video sekitar Istiadat Akad Nikah YAM Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah Binti Sultan Ibrahim dan Encik Dennis Muhammad Abdullah di Istana Bukit Serene, Johor Bahru pada 14 Ogos 2017.----------------Solemnisation Ceremony video of HH Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah Binti Sultan Ibrahim and Mr. Dennis Muhammad Abdullah at Istana Bukit Serene in Johor Bahru on 14th August 2017.

Posted by The Royal Johor on Wednesday, 16 August 2017
Sumber : BERITA Mediacorp/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan