Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Video lucu ‘ceroboh’ wawancara BBC: Isteri tidak kecil hati disangka pengasuh

Seorang profesor yang menjadi viral di Internet setelah kedua-dua anak kecilnya ‘menceroboh’ sesi wawancaranya di televisyen, berkata isterinya “layak diberikan pingat” kerana menjaga beliau dan anak-anaknya yang kini menjadi terkenal.

Anggaran Waktu Membaca:
Video lucu ‘ceroboh’ wawancara BBC: Isteri tidak kecil hati disangka pengasuh

Petikan dari video wawancara BBC bersama Profesor Robert Kelly.

Diterbitkan : 17 Mar 2017 02:35PM Dikemas Kini : 17 Mar 2017 02:45PM

SEOUL: Seorang profesor yang menjadi viral di Internet setelah kedua-dua anak kecilnya ‘menceroboh’ sesi wawancaranya di televisyen, berkata isterinya “layak diberikan pingat” kerana menjaga beliau dan anak-anaknya yang kini menjadi terkenal.

Video temu bual bersama Profesor Robert Kelly, pakar dalam ehwal Asia Timur itu bukan sahaja menjadi viral tetapi mencetuskan perbahasan tentang sikap perkauman setelah ramai netizen mulanya menyangka isteri beliau, seorang warga Korea Selatan, adalah pengasuh anak-anaknya.

Dalam video tersebut, ketika Profesor Kelly dari Universiti Nasional Pusan sedang mengongsi pandangannya kepada BBC dalam temu bual secara langsung dari pejabat di dalam rumahnya Jumaat lalu (10 Mac), anak perempuannya Marion ‘menceroboh’ masuk biliknya.

Tidak lama kemudian, bayi lelakinya, James, turut masuk dengan walker bayinya dan ‘tumpang’ masuk TV bersama kakaknya itu.

Children videobomb interview

When live TV goes wrong...This BBC guest's children become the stars of the show.

Posted by BBC News on Friday, 10 March 2017

"KOMEDI TERBAIK"

Isteri Profesor Kelly, Kim Jung-A, yang sedang menonton temu bual tersebut di televisyen dari ruang tamu mereka, bergegas masuk ke dalam bilik itu beberapa saat kemudian, dan segera mengangkat kedua-dua ‘penceroboh’ cilik itu keluar daripada bilik tersebut.

Cik Kim lalu kembali ‘merangkak’ ke bilik suaminya itu untuk menutup pintu perlahan-lahan.

Temu bual tersebut – disifatkan sebagai “komedi fizikal yang terbaik” oleh BBC – mencuit hati ramai netizen hinga tersebar luas dan sudah disaksikan lebih 160 juta kali di laman YouTube BBC setakat Rabu (15 Mac).

ISTERI DISANGKA PENGASUH

Namun, ia juga mencetuskan tuduhan tentang diskriminasi di Korea Selatan, setelah sesetengah netizen di luar negara yang menulis komen di media sosial serta merta menganggap isteri Profesor Kelly adalah pengasuh kanak-kanak.

“Pengasuh itu sedang mencari pekerjaan baru sekarang ini,” kata seorang pengguna Twitter.

Seorang lagi menulis tweet: “Si pengasuh pasti dipecat selepas ini.”

Saluran-saluran media Korea Selatan menyatakan bahawa komen-komen sedemikian berpunca daripada prasangka terhadap wanita Asia yang berpasangan dengan lelaki berkulit putih. Saluran Korea Selatan SBS menyifatkannya sebagai “sikap perkauman kulit putih.”

Akhbar Korea Selatan, Chosun Ilbo, menulis: “Menganggap beliau seorang pengasuh semata-mata kerana beliau warga Asia pastinya adalah pemikiran bawah sedar."

Ketika diwawancara BBC bersama suaminya itu pada Selasa lalu, Cik Kim bagaimanapun tidak mengendahkan komen-komen diskriminasi tersebut, dan menggesa para penonton supaya tidak mengambil video tersebut dengan terlalu serius.

“Saya berharap orang ramai hanya menikmatinya, dan tidak bertengkar tentang hal ini kerana saya bukan seorang pengasuh dan itu perkara sebenar,” kata Cik Kim, sedang beliau cuba menenangkan bayi lelaki mereka yang seolah-olah tidak tahu duduk diam dalam pelukannya.

Mengulas komen seorang penonton BBC bahawa Cik Kim layak diberikan sehari cuti untuk menikmati spa atas segala yang dilakukannya semasa kekecohan yang tercetus pada sesi temu bual Jumaat lalu, Profesor Kelly berkata: “Isteri saya layak diberikan pingat kerana menjaga kami.” 

Sumber : AFP/nd
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan