Images
  • london twitter
    Para pegawai polis mengawal keadaan di Seven Sisters Road. (Gambar: Video Twitter/ Ali Habib)

Van rempuh jemaah baru keluar masjid di utara London; 3 cedera parah

LONDON: Insiden sebuah van yang merempuh sejumlah pejalan kaki di London hari ini (18 Jun) berlaku di luar Masjid Finsbury Park.

Majlis Muslim Britain menyatakan di Twitter bahawa sebuah van merempuh para jemaah semasa mereka baru saja keluar dari masjid itu setelah menunaikan solat.

Sekurang-kurangnya tiga orang cedera parah dalam insiden itu, kata seorang saksi kepada BBC TV.

Khidmat Ambulans London menyatakan: "Kami mengerahkan sumber-sumber kami untuk menangani insiden di Seven Sisters Road itu."

Insiden terbaru ini berlaku menyusuli dua lagi serangan di London yang melibatkan kenderaan merempuh para pejalan kaki.


Pada 22 Mac, lima orang terbunuh dan berpuluh-puluh yang lain cedera setelah dirempuh dan ditikam dekat Bangunan Parlimen di Jambatan Westminster.

Insiden kedua pula berlaku di Jambatan London pada 3 Jun apabila tujuh orang dibunuh dalam satu serangan pisau selepas sebuah van yang dipandu para penyerang merempuh ke arah para pejalan kaki. 

- CNA/ru

Komen Anda?

Top