Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Ustaz maut dalam perjalanan ke masjid

Seorang guru agama maut selepas motosikal ditunggangnya bergesel dengan motosikal lain di Jalan Kuah-Padang Matsirat pada petang Sabtu (11 Nov).

Anggaran Waktu Membaca:
Ustaz maut dalam perjalanan ke masjid

Nahas itu berlaku ketika mangsa dalam perjalanan ke Masjid Al-Tasnim di Kampung Bayas, Langkawi. (Gambar: Masjid At-Tasnim Kampung Bayas, Langkawi)

Diterbitkan : 12 Nov 2017 10:36AM Dikemas Kini : 12 Nov 2017 10:40AM

LANGKAWI: Seorang guru agama maut selepas motosikal ditunggangnya bergesel dengan motosikal lain di Jalan Kuah-Padang Matsirat pada petang Sabtu (11 Nov).

Menurut petikan laporan Berita Harian Malaysia (BHM), Ismail Ab Rahman, 64, yang juga pengusaha Maahad Tahfiz Al Yamani, disahkan maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah pada kepala dan badan.

Kejadian berlaku kira-kira jam 7.00 malam ketika mangsa dalam perjalanan ke Masjid Al-Tasnim di Kampung Bayas kira-kira 11 kilometer dari rumahnya di Kampung Bakau Kelibang di sini.

Anak sulung mangsa, Mohd Shukri Ismail, 40, menerima berita itu kira-kira jam 7.30 malam selepas dimaklumkan adiknya melalui panggilan telefon, sebelum bergegas ke lokasi.

Katanya, seperti ditukil BHM, arwah bapanya pernah menyuarakan rasa tidak sedap hati dan berdebar kepada ibunya, Azah Ali, 53, sebelum keluar mengajar di Masjid Al-Tasnim.

"Ibu ada melarang ayah keluar kerana bimbang, tetapi ayah berkeras mahu pergi kerana ingin memberi penjelasan beberapa isu dibangkitkan jemaah yang mengikuti kuliah agamanya minggu lalu.

"Selain menjadi guru agama dan pengusaha Maahad Tahfiz Al Yamani, ayah rajin mengajar agama di masjid sekitar Langkawi," katanya kepada BHM.

Sementara itu, Ketua Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Langkawi, Penolong Superintendan Ahmad Shukri Ramli, berkata motosikal ditunggang mangsa dilaporkan bergesel dengan motosikal lain.

Ketika kejadian, katanya, kedua-dua motosikal dalam perjalanan dari arah Kuah menghala Padang Matsirat.

"Seorang lelaki meninggal dunia di tempat kejadian, manakala penunggang sebuah lagi motosikal iaitu remaja berusia 17 tahun luka di tangan dan kaki.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya ketika dihubungi hari ini.

Sumber : Agensi berita/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan