Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Upacara persemadian Raja Bhumibol pada 26 Okt

Mendiang Raja Thailand, Bhumibol Adulyadej akan disemadikan pada 26 Oktober, menurut seorang pegawai kerajaan pada Rabu (19 Apr).

Anggaran Waktu Membaca:
Upacara persemadian Raja Bhumibol pada 26 Okt

Gambar mendiang Raja Thailand, Bhumibol Adulyadej. (Gambar: AFP/LILLIAN SUWANRUMPHA)

Diterbitkan : 19 Apr 2017 02:38PM Dikemas Kini : 19 Apr 2017 02:43PM

BANGKOK: Mendiang Raja Thailand, Bhumibol Adulyadej akan disemadikan pada 26 Oktober, menurut seorang pegawai kerajaan pada Rabu (19 Apr).

Beliau turut berkata bahawa upacata persemadian itu akan berlangsung selama lima hari.

Pengesahan bagi tarikh persemadian itu secara tidak langsung juga akan menetapkan tarikh upacara kemahkotaan anak lelaki mendiang Raja Bhumibol, Raja Maha Vajiralongkorn, yang naik takhta pada Disember tetapi upacara itu terpaksa ditangguhkan sehingga selepas persemadian bapanya.

Para pemerhati politik turut berkata bahawa kemahkotaan raja baru itu akan membolehkan kerajaan menyambung semula tugasnya secara rasmi, menyusuli tempoh berkabung selama setahun dan pilihan raya umum yang dijangka akan diadakan sejurus selepas itu.

Raja Bhumibol meninggal dunia pada Oktober 2016 pada usia 88 tahun selepas sekian lama gering dan menghidap penyakit. Pemergiannya mengakhiri pemerintahan selama 70 tahun, di mana beliau disifatkan sebagai tokoh yang menyatupadukan rakyat di negara tersebut.

Sumber : CNA/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan