Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Upacara persemadian Raja Bhumibol berlangsung 29 Oktober ini

Thailand memperingati ulang tahun pertama kematian Raja Bhumibol Adulyadej hari ini (13 Okt) yang juga diisytiharkan hari cuti umum sebagai tanda penghormatan

Anggaran Waktu Membaca:
Upacara persemadian Raja Bhumibol berlangsung 29 Oktober ini

Tapak persemadian Raja Bhumibol Adulyadei di Bangkok. (Gambar: LILLIAN SUWANRUMPHA/AFP)

Diterbitkan : 13 Oct 2017 06:17PM Dikemas Kini : 13 Oct 2017 06:19PM

BANGKOK: Thailand memperingati ulang tahun pertama kematian Raja Bhumibol Adulyadej hari ini (13 Okt) yang juga diisytiharkan hari cuti umum sebagai tanda penghormatan.

Sementara itu persiapan bagi upacara persemadian Raja Bhumibol terus dipergiat.

Upacara persemadian penuh dengan istiadat diraja itu akan berlangsung pada 26 Oktober ini.

Mendiang Raja Bhumibol meninggal dunia pada usia 89 tahun, selepas menduduki takhta selama 70 tahun, menjadikannya raja paling lama berkuasa di dunia.

Memandangkan upacara persemadian itu semakin dekat, saluran-saluran TV diperintah untuk mengurangkan ketepuan warna mereka, mengelak daripada menyiar kandungan-kandungan yang terlalu menghiburkan.

Sebaliknya, saluran-saluran TV kerajaan tersebut diperintah melancarkan dokumentari yang memaparkan sumbangan-sumbangan diraja.

Beberapa perniagaan juga sudahpun mempamerkan potret-potret sebagai penghormatan kepada raja, sementara taman-taman di negara itu dipenuhi dengan bunga Marigold - yang dikaitkan dengan Raja Bhumibol kerana warna kuningnya.

 

Sumber : AFP/MM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan