Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Unit binaan syarikat Samsung diserbu polis atas dakwaan rasuah

Syarikat terkemuka Samsung mengalami masalah baru. Hari ini polis menyerbu ibu pejabat unit binaan syarikat itu.

Anggaran Waktu Membaca:
Unit binaan syarikat Samsung diserbu polis atas dakwaan rasuah

Logo Samsung. (Gambar fail: REUTERS/Andrew Kelly)

Diterbitkan : 18 Oct 2017 06:33PM Dikemas Kini : 18 Oct 2017 06:35PM

KOREA SELATAN: Syarikat terkemuka Samsung mengalami masalah baru. Hari ini polis menyerbu ibu pejabat unit binaan syarikat itu.

Jutaan dolar wang syarikat itu didakwa digunakan untuk kerja naik taraf rumah Pengerusi Samsung, Lee Kun-Hee.

Encik Lee tidak dapat bangun dari katil sejak mengalami serangan jantung kira-kira tiga tahun lalu.

Sebelum ini syarikat Samsung terjejas dengan skandal rasuah yang membabitkan pewarisnya, Lee Jae-yong.

Pada Ogos lalu mahkamah mendapati Lee Jae-yong bersalah menyalurkan wang jutaan dolar kepada rakan rapat bekas Presiden Park Geun-hye bagi mendapatkan ganjaran dari pemerintah.

Lee kini menjalani hukuman penjara lima tahun.

Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan