Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Uniknya jemaah haji Indonesia! Pakai 'topi petani' untuk mudah dikenali

Saban tahun, jutaan jemaah dari merata dunia akan ke Makkah untuk menunaikan ibadah haji. Dari rantau ini, jumlah jemaah Indonesia adalah antara yang terbesar.

Anggaran Waktu Membaca:
Uniknya jemaah haji Indonesia! Pakai 'topi petani' untuk mudah dikenali

Jemaah yang memakai topi caping dan selendang ungu di lapangan terbang. (Gambar: Official iNewsTV/YouTube)

Diterbitkan : 18 Aug 2017 12:17AM Dikemas Kini : 18 Aug 2017 12:29AM

INDONESIA: Saban tahun, jutaan jemaah dari merata dunia akan ke Makkah untuk menunaikan ibadah haji. Dari rantau ini, jumlah jemaah Indonesia adalah antara yang terbesar.

Menurut data laman ilmfeed pada tahun 2015 jemaah haji Indonesia berjumlah 168,000 orang. Pada tahun 2017, jumlahnya mencecah 221,000.

Oleh kerana jumlahnya begitu tinggi, tidak hairanlah apabila para jemaah diminta memakai kod pakaian tertentu supaya lebih mudah dicam atau dikenali.

Yang unik pada musim haji tahun ini, sebahagian jemaah Indonesia memakai topi caping atau 'topi petani' berwarna hijau! Sebahagian yang lain pula mengenakan selendang berwarna ungu yang dikalung pada bahagian leher.

Jemaah-jemaah tersebut – seramai 45 orang - adalah yang di bawah pengurusan syarikat KBIH Al Munawwaroh. Dengan topi caping serta seledang ungu itu, mereka yang tiba di Lapangan Terbang Mohammad bin Abdulaziz sememangnya mencuri perhatian orang ramai.

Menurut salah seorang jemaah, Abdullah, topi itu sangat berguna untuk melindungi diri dari cuaca yang panas. Selain itu, ia memudahkan para jemaah untuk mengenali rakan-rakan jemaah lain dari kelompok yang sama.

Para jemaah itu juga menerima permintaan dari kakitangan lapangan terbang tersebut untuk meminjam topi unik mereka untuk ber’selfie’.

Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan