Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Umat Islam perlu bersatu padu walau ada dakwah berbeza

Umat Islam termasuk ulama perlu bermuhasabah bagi memperkasa perpaduan ummah yang semakin rapuh kerana pendekatan dakwah berbeza, kata Naib Ketua Kesatuan Ulama Islam Sedunia Datuk Seri Abdul Hadi Awang, pada hari Jumaat (21 Julai).

Anggaran Waktu Membaca:
Umat Islam perlu bersatu padu walau ada dakwah berbeza

Presiden PAS, Abdul Hadi Awang. (Gambar fail: AFP)

Diterbitkan : 21 Jul 2017 05:37PM Dikemas Kini : 21 Jul 2017 05:38PM

KOTA BHARU: Umat Islam termasuk ulama perlu bermuhasabah bagi memperkasa perpaduan ummah yang semakin rapuh kerana pendekatan dakwah berbeza, kata Naib Ketua Kesatuan Ulama Islam Sedunia Datuk Seri Abdul Hadi Awang, pada hari Jumaat (21 Julai).

Abdul Hadi, yang juga presiden PAS, berkata ulama generasi kini masih sibuk dengan masalah khilaf (perbezaan) dalam agama sehingga menyebabkan berlakunya pertembungan fahaman dan perbalahan.

"Hari ini masalah khilafiah menyebabkan tok guru pondok berbalah mengenai beberapa perkara dalam amalan agama sedangkan masalah umat Islam yang lebih besar seperti dalam bidang politik dan ekonomi dilupakan.

"Pertembungan yang berlaku akibat gerakan tajdid (pembaharuan) yang dilakukan mengikut generasi masing-masing, sedangkan orang zaman dahulu tak berbalah dan berpecah. Sekarang orang berbalah kerana mereka tak mahu kaji sejarah," katanya ketika berucap merasmikan Ijtimak Antarabangsa Perpaduan Ummah Rantau Asia kali keempat di Dataran Stadium Sultan Muhammad IV di sini, hari ini.

Abdul Hadi berkata ada juga umat Islam yang terlalu keras dalam pendekatan mereka sehingga mencetuskan peperangan yang hanya  menguntungkan segelintir pihak berkepentingan.


"Kita hadapi masalah pendekatan. Ada yang tasyaddud (melampau) dan nak berperang sahaja (dalam pendekatan mereka). Akhirnya berperang sesama sendiri sehingga menyebabkan perang proksi terutama di Asia Barat. Mereka (umat Islam) berperang sesama sendiri dan membeli senjata dari Barat. Barat dapat duit tapi kita yang kehilangan nyawa," katanya.


Dalam pada itu, Abdul Hadi berkata umat Islam juga berdepan serangan media oleh Barat sehingga mencetuskan Islamofobia dalam kalangan masyarakat bukan Islam yang bertujuan menakut-nakutkan mereka dengan ajaran Islam.


Katanya Islamofobia ini boleh dihapuskan jika masyarakat bukan Islam berlapang dada dan membuat perbandingan antara kekerasan yang pernah dilakukan oleh segelintir masyarakat Islam dengan gerakan pelampau lain.

Sumber : Bernama/ur
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan