Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

'Ucapan benci' di media sosial burukkan krisis Rohingya

Ucapan berbaur kebencian dan maklumat tidak tepat di media sosial meningkatkan lagi ketegangan etnik di Rakhine, Myanmar.

Anggaran Waktu Membaca:
'Ucapan benci' di media sosial burukkan krisis Rohingya

Para pelarian Rohingya berada di sempadan Myanmar-Bangladesh. (Gambar: AFP/KM ASAD)

Diterbitkan : 23 Sep 2017 02:40PM Dikemas Kini : 23 Sep 2017 02:44PM

SITTWE: Ucapan berbaur kebencian dan maklumat tidak tepat di media sosial meningkatkan lagi ketegangan etnik di Rakhine, Myanmar, kata seorang pegawai Amerika Syarikat pada Jumaat lalu, sambil menggesa pemimpin negara itu "yang baik budi" supaya menunjukkan belas kasihan kepada Muslim Rohingya yang melarikan diri daripada keganasan.

Rakhine Barat, yang selama bertahun-tahun dilanda ketegangan antara minoriti Rohingya dengan penganut Buddha, dicengkam dengan krisis sejak tentera melancarkan serangan terhadap militan Rohingya lewat bulan Ogos.


Operasi tersebut begitu kejam sehinggakan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyifatkannya sebagai "penghapusan etnik" Rohingya, di mana hampir 430,000 daripada mereka sudah melarikan diri ke Bangladesh dalam tempoh kurang sebulan.

"Salah satu faktor bertambahnya ketegangan di Rakhine adalah wadah yang ditawarkan dalam media sosial. Terdapat banyak ucapan benci, dan banyak maklumat palsu di wadah tersebut," kata pegawai Amerika itu kepada media menerusi taklimat di telefon.

Beliau menggesa tokoh-tokoh berpengaruh di Myanmar supaya menunjukkan belas kasihan terhadap kaum Rohingya.

"Apa yang kami lakukan ialah merayu kepada penduduk di Burma ... supaya mengimbas kembali pengalaman mereka sendiri dan menunjukkan belas kasihan tanpa mengira kecenderungan politik terhadap Rohingya," kata beliau lagi.

Kaum Rohingya yang lemah dan trauma terhadap apa yang berlaku masih lagi cuba memasuki Bangladesh. Kejadian ini membuatkan banyak daripada agensi bantuan tampil membantu mereka dan mencetuskan kembimbangan pemimpin-pemimpin dunia, dengan kem-kem sementara di kawasan sempadan itu menjadikannya salah satu tempat pelarian terbesar di dunia.

Namun, luahan simpati jelas berkurangan terhadap Rohingya di dalam Myanmar sendiri, walaupun rakyat Myanmar dan Rohingya mengongsi sejarah pernah ditindas di bawah pemerintah tentera.

Sumber : CNA/UR/ur
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan