Ubur-ubur beracun di pantai Krabi
Para pelancong ke sebuah taman laut dan pulau-pulau di wilayah Krabi, Thailand pula diberi amaran supaya berhati-hati kerana ada ubur-ubur yang amat beracun di sana.
KRABI: Para pelancong ke sebuah taman laut dan pulau-pulau di wilayah Krabi, Thailand pula diberi amaran supaya berhati-hati kerana ada ubur-ubur yang amat beracun di sana.
Para pegawai taman laut itu menangkap banyak ubur-ubur jenis pelagia panopyra itu di laut, pantai dan lagun kepulauan Koh Hong.
Tambahan pula, petanda menunjukkan larangan berenang turut dipasang di kawasan wujudnya ubur-ubur beracun itu.
Sehubungan dengan itu para pengendali pelancongan diarah supaya menasihati para pengunjung agar mematuhi amaran melarang berenang atau menyelam di kawasan yang ada ubur-ubur tersebut.
Bukan berkuasa juga sudahpun mengambil langkah-langkah keselamatan bagi mencegah para pelancong daripada terkena racun ubur-ubur.
Perenang juga dinasihati untuk memakai pakaian renang terlindung dan kasut berenang.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.