Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

UAE tegaskan azam perangi pengganasan, tuduh Iran sokong kumpulan pengganas

Amiriah Arab Bersatu (UAE) menegaskan lagi azamnya untuk memerangi pengganasan.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 23 Sep 2017 04:05PM Dikemas Kini : 23 Sep 2017 11:39PM

NEW YORK: Amiriah Arab Bersatu (UAE) menegaskan lagi azamnya untuk memerangi pengganasan.

Di Sidang Perhimpunan Agung PBB, Menteri Luar UAE Sheikh Abdullah Zayed Al Nahya berkata pihaknya akan menyasarkan negara-negara yang membiayai, menggalak dan menyokong kegiatan-kegiatan pengganasan.

UAE beserta Arab Saudi, Mesir dan Bahrain memutuskan semua hubungan dengan Qatar pada Jun lalu kerana didakwa menyokong pengganasan.

Sheikh Abdullah juga menuduh Iran campur tangan dalam "ehwal dalam negeri negara-negara lain dan membekalkan senjata serta menyokong kumpulan-kumpulan pengganas".

Beliau menggesa Iran supaya mematuhi perjanjian perlucutan senjata nuklear 2015. 

Sumber : CNA/MM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan