Images
  • uae flag
    Bendera UAE.

UAE dituduh bertanggungjawab godam laman berita, media sosial Qatar

LONDON: Amiriah Arab Bersatu (UAE) dituduh bertanggungjawab ke atas tindakan menggodam halaman internet berita dan media sosial kerajaan Qatar, bagi menerbitkan rencana yang mengaitkan Amir Qatar.

Dalam laporan akhbar Washington Post, Amir Qatar Sheikh Tamim bin Hamadal-Thani, ditukil memuji-muji kumpulan Hamas, Mei lalu dan menyifatkan Iran sebagai "kuasa Islam".

Akibatnya, Arab Saudi, UAE, Mesir dan Bahrain memutuskan hubungan dengan Qatar pada 5 Jun lalu, selepas menuduh Doha menyokong pengganasan.

Malah, Qatar pernah melaporkan tentang kejadian menggodam itu pada lewat Mei.

Namun penjelasan itu sudahpun ditolak negara-negara Arab terbabit.

Akhbar The Post pula melaporkan para pegawai risik Amerika dimaklumkan tentang maklumat baru itu minggu lalu, tentang para pegawai kanan UAE membincangkan tindakan menggodam itu, sehari sebelum ia berlaku.

Duta Besar UAE, Yousef al-Otaiba bagaimanapun menafikan laporan tersebut dan menyifatkannya sebagai palsu.

Beliau juga menyebut sokongan Qatar terhadap pengganasan sebagai alasan negara-negara Arab memutuskan hubungan dengan Doha. 

- CNA/im

Komen Anda?

Top