Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Turki digesa tegakkan nilai demokrasi jika mahu sertai EU

Ketua Suruhanjaya Eropah Jean-Claude Juncker menggesa Turki supaya menegakkan nilai-nilai demokratik jika ia berharap untuk menyertai Kesatuan Eropah.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 16 Jul 2017 07:50PM Dikemas Kini : 17 Jul 2017 12:06AM

ISTANBUL: Ketua Suruhanjaya Eropah Jean-Claude Juncker menggesa Turki supaya menegakkan nilai-nilai demokratik jika ia berharap untuk menyertai Kesatuan Eropah.

Amaran itu dikeluarkan selepas Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan mengancam akan melaksanakan hukuman mati ke atas pengkhianat negara.

Berucap dalam satu rapat di Istanbul, beliau berikrar akan mengesahkan rang undang-undang mengenai hukuman mati jika diluluskan parlimen.

Ankara sudahpun memansuhkan hukuman mati pada 2004.

Rapat besar-besaran itu sebagai memperingati ulang tahun pertama percubaan rampasan kuasa yang gagal di negara itu.

Presiden Erdogan berkata beliau mahu pihak-pihak yang mendalangi rampasan kuasa itu hadir di mahkamah dengan berpakaian seperti banduan penjara Guantanamo.

Presiden Erdogan juga mengumumkan perintah darurat akan dilanjutkan di negara itu.

Sekitar 250 terbunuh dan lebih 2,000 yang lain cedera dalam pertempuran semasa percubaan rampasan kuasa itu.

Sumber : CNA/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan