Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Tunku Nick Tazuddin yang cederakan petinju negara bukan kerabat diraja Johor

Jumaah Majlis Diraja Johor hari ini (16 Nov) menafikan Tunku Nick Tazuddin Izwan Syah Tunku Qadir, yang disabit kesalahan mencederakan petinju negara Muhammad Farkhan Mohd Haron pada 2012, kerabat diraja Johor.

Anggaran Waktu Membaca:
Tunku Nick Tazuddin yang cederakan petinju negara bukan kerabat diraja Johor

Gambar: Facebook

Diterbitkan : 16 Nov 2017 10:29PM Dikemas Kini : 16 Nov 2017 10:32PM

JOHOR BAHRU: Jumaah Majlis Diraja Johor hari ini (16 Nov) menafikan Tunku Nick Tazuddin Izwan Syah Tunku Qadir, yang disabit kesalahan mencederakan petinju negara Muhammad Farkhan Mohd Haron pada 2012, kerabat diraja Johor.

Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor Datuk Abdul Rahim Ramli, dalam satu kenyataan, turut menekankan kenyataannya pada 22 Sept 2017 bahawa hak dan kuasa melantik, menjadi dan memasukkan seseorang sebagai kerabat diraja Johor terletak kepada Sultan Johor.

"Jumaah Majlis Diraja mengesahkan tertuduh tidak pernah dilantik, dijadikan atau diiktiraf sebagai Kerabat Diraja Johor," kata beliau dalam kenyataan itu.

Datuk Abdul Rahim mengeluarkan kenyataan itu bagi mengulas dua laporan berita semalam (15 Nov) yang menyatakan Tunku Nick Tazuddin sebagai kerabat diraja Johor.

Dalam laporan itu, Bernama menyatakan Tunku Nick Tazuddin sebagai anggota kerabat diraja Johor.

Sehubungan itu, Bernama memohon maaf atas kesilapan tersebut. 

Semalam, hukuman penjara terhadap Tunku Nick Tazuddin, 32 tahun, dikurangkan kepada dua tahun namun ditambah dengan denda RM10,000 selepas Mahkamah Rayuan mengekalkan  sabitannya  terhadap  pertuduhan mencederakan Muhammad Farkhan.

LAPORAN BERKAITAN:

Sumber : Bernama/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan