Images
  • Manila

Tunjuk perasaan bantah Trump jelang Sidang Puncak ASEAN

MANILA: Tunjuk-tunjuk perasaan terus diadakan bagi membantah lawatan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump ke negara itu.

Manila adalah persinggahan terakhir Encik Trump dalam rangka lawatannya ke lima negara Asia.

Polis pencegah rusuhan menggunakan pancutan air untuk menyuraikan bantahan.

Lebih 60,000 anggota polis dan tentera dikerah mengawal keselamatan di kota Manila sempena sidang puncak ASEAN.

Encik Trump tiba di Filipina sekitar pukul 5.00 petang waktu tempatan untuk menghadiri menyuarat bersama para pemimpin Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN) dan negara-negara Asia Timur lain.

Ini setelah beliau menghadiri Sidang Puncak Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) serta lawatan dua hala di Vietnam.

Semasa di Hanoi awal hari ini, Encik Trump berkata beliau bersedia untuk menjadi pengantara antara negara-negara yang membuat tuntutan ke atas Laut China Selatan.

- Agensi berita/MM/nk

Komen Anda?

Top