Images
  • south china sea
    Gambar hiasan kapal-kapal di sebuah pulau di Laut China Selatan. (Gambar fail: United States Navy)

Trump tawar jadi orang tengah bagi pertikaian Laut China Selatan

HANOI: Presiden Amerika Syarikat Donald Trump pada Ahad (12 Nov) berkata bahawa beliau bersedia menjadi pengantara bagi negara-negara yang menuntut hak ke atas Laut China Selatan.

Negara-negara ini termasuk Vietnam dan China.

"Jika saya dapat membantu menjadi pengantara atau penimbang tara, sila beritahu saya," kata Presiden Trump dalam komennya pada permulaan sidang di Hanoi dengan presiden Vietnam, Tran Dai Quang.

Trump akur bahawa kedudukan China berhubung Laut China Selatan, di mana hampir kesemuanya dituntut oleh Beijing, mencetuskan masalah.

"Saya seorang pengantara dan penimbang tara yang sangat baik," dedahnya.

Beliau juga mengatakan China sedang membantu menghuraikan ketegangan berhubung Korea Utara dan turut mendedahkan beliau berharap Rusia akan bertindak serupa. 

- Reuters/IM/im

Komen Anda?

Top