Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Trump tarik balik langkah Obama pelihara iklim

Presiden Donald Trump mengisytiharkan berakhirnya "perang terhadap batu arang". 

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 29 Mar 2017 10:04AM Dikemas Kini : 30 Mar 2017 02:22AM

WASHINGTON: Presiden Donald Trump mengisytiharkan berakhirnya "perang terhadap batu arang".

Ini sedang beliau mengambil langkah untuk mengekang peraturan yang menetapkan had pengeluaran asap daripada bahan bakar di Amerika dan satu perjanjian besar-besaran tentang iklim global.

Menepati janji yang dibuatnya semasa pilihan raya, Encik Trump menandatangani satu arahan untuk menyemak sesetengah peraturan iklim yang ditetapkan presiden sebelumnya, Barack Obama, sambil mengisytiharkan berakhirnya "peraturan-peraturan yang menghapuskan pekerjaan."

Dalam lawatan pertamanya ke Agensi Perlindungan Sekitaran Alam, beliau mengarahkan agar had pengeluaran asap bagi loji-loji tenaga yang menggunakan batu arang disemak, serta melonggarkan sekatan terhadap pemajakan federal bagi penghasilan batu arang.

Encik Trump berkata langkah-langkahnya itu adalah permulaan "satu era baru dalam industri tenaga Amerika dan penghasilan serta penciptaan pekerjaan."

Para pengkritik berkata menarik balik Pelan Tenaga Bersih Obama tidak berkemungkinan mempertingkatkan penghasilan mahupun mewujudkan jumlah pekerjaan yang banyak.

Industri batu arang Amerika sudah lama merosot, dengan gas asli, tenaga diperbaharui yang murah, automasi serta geologi yang mencabar menyebabkan bahan bakar itu menjadi prospek yang kurang menghasilkan untung.

Pada 2008, terdapat 88,000 pelombong batu arang di Amerika Syarikat, menurut Pentadbiran Maklumat Tenaga AS.

Hari ini, jumlah pelombong di AS sudah merosot sekitar 25 peratus. Lebih ramai orang kini bekerja di Whole Foods, sebuah rangkaian pasar raya yang mewah.

Namun sesetengah pakar dan kumpulan pencinta alam memberi amaran bahawa arahan Encik Trump itu mungkin adalah langkah permulaan dalam usaha untuk tidak menepati matlamat-matlamat yang sudah disetujui secara antarabangsa di bawah Perjanjian Iklim Paris.

Mengekang pengeluaran asap dari loji-loji tenaga yang menggunakan batu arang merupakan tunggak komitmen Amerika untuk mengurangkan pengeluaran bahan karbon sebanyak 26-28 peratus menjelang 2025.

Sumber : AFP/nd
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan