Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Trump sindir Kim Jong-Un "gemuk pendek" setelah dipanggil "tua"

Presiden Amerika Syarikat Donald Trump kembali menyindir pemimpin Korea Utara Kim Jong-Un hari ini (12 Nov).

Anggaran Waktu Membaca:
Trump sindir Kim Jong-Un "gemuk pendek" setelah dipanggil "tua"

Presiden Trump (kiri) mengenakan sekatan ketat ke atas Korea Utara. (Gambar: Reuters/Kevin Lamarque, KCNA)

Diterbitkan : 12 Nov 2017 06:42PM Dikemas Kini : 12 Nov 2017 06:46PM

AMERIKA SYARIKAT: Presiden Amerika Syarikat Donald Trump kembali menyindir pemimpin Korea Utara Kim Jong-Un hari ini (12 Nov).

Beliau mempersendakan ketinggian dan berat badan Encik Kim sebelum menyuarakan kemungkinan mereka menjadi rakan.

Sebelum ini Encik Trump pernah menyifatkan Encik Kim sebagai "lelaki gila" dan Rocket Man" manakala pemimpin Korea Utara itu membalas dengan menggelarkan bekas bintang realiti TV berusia 71 tahun itu sebagai "benar-benar tidak waras".

Hari ini, Encik Trump memuat naik catatan di laman Twitter beliau setelah baru-baru ini dilabel oleh Encik Kim sebagai "orang tua gila".

"Mengapa Kin Jong-Un menghina saya dengan menyifatkan saya sebagai 'tua', sedangkan saya tidak akan memanggil beliau 'gemuk dan pendek'?" menurut catatan Twitter Encik Trump semasa berada di Hanoi.

"Sekurangnya-kurangnya saya cuba untuk menjadi rakannya dan mungkin suatu hari nanti ia akan berlaku!" tambah beliau.

Sama ada ia satu sindiran ataupun tidak, catatannya mengenai berat badan Encik Kim, yang semakin meningkat sejak mengambil alih kuasa menyusuli pemergian bapanya Kim Jong-Il pada tahun 2011, mungkin tidak dapat diterima sama sekali di Pyongyang.

Apabila ditanya tentang catatan itu, Encik Trump menegaskan beliau tidak bergurau mengenai kemungkinan menjadi rakan kepada pemimpin Korea Utara itu yang baru seminggu lalu beliau sifatkan sebagai diktator dengan "fantasi yang menyimpang".

"Ia mungkin aneh tetapi tidak mustahil," beliau memberitahu para wartawan di sidang media di Hanoi.

Sumber : Reuters/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan