Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Trump pilih Mattis sebagai setiausaha pertahanan

Bakal Presiden baru Amerika Syarikat Donald Trump pada Khamis (1 Dis) berkata bahawa beliau memilih jeneral yang sudah bersara, James Mattis, sebagai setiausaha pertahanan.

Anggaran Waktu Membaca:
Trump pilih Mattis sebagai setiausaha pertahanan

Bakal Presiden baru Donald Trump berjabat tangan dengan James Mattis setelah pertemuan mereka di Bedminster, New Jersey. (Gambar: AFP/Drew Angerer)

Diterbitkan : 02 Dec 2016 02:07PM Dikemas Kini : 02 Dec 2016 02:13PM

CINCINNATI: Bakal Presiden baru Amerika Syarikat Donald Trump pada Khamis (1 Dis) berkata bahawa beliau memilih jeneral yang sudah bersara, James Mattis, sebagai setiausaha pertahanan.

Beliau berkata demikian dalam satu rapat yang diadakan di Ohio, di mana beliau turut berikrar akan menyatukan negara itu.

Ia diisytiharkan oleh hartawan berusia 70 tahun itu ketika beliau berucap di acara pertama pasca pilihan raya presiden menyusuli mesyuarat yang diadakan untuk membentuk kabinet yang baru.

James Mattis dengan gelaran "Mad Dog Mattis" pernah mengetuai Kawalan Pusat Amerika Syarikat, yang memberinya kuasa ke atas pasukan tentera di Iraq dan Afghanistan.

Mattis bagaimanapun memerlukan pengesahan Senat dan pengecualian khas undang-undang yang mengharamkan pegawai tentera daripada menggalas jawatan setiausaha pertahanan selama tujuh tahun setelah melepaskan tugas.

Sekurang-kurangnya seorang anggota Democrat, Senator Kirsten Gillibrand, sudah membayangkan bahawa beliau akan menentang pengecualian itu.

Trump kini dikelilingi oleh tokoh-tokoh tentera - beliau memilih jeneral yang sudah bersara Michael Flynn untuk menjadi penasihat keselamatan negara dan sedang menimbangkan seorang lagi jeneral yang sudah bersara David Petraeus bagi jawatan setiausaha negara - yang menggemparkan para pemerhati kerana Amerika sekian lama mempunyai pemerintah awam. 

Sumber : AFP/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan