Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Trump, Najib adakan perbincangan 2 hala tentang perdagangan

Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak dan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengadakan perbincangan dua hala dengan para menteri dan pegawai kanan masing-masing, sebelum kedua-dua pemimpin mengadakan pertemuan empat mata di Pejabat Oval.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 13 Sep 2017 04:18PM Dikemas Kini : 13 Sep 2017 09:10PM

WASHINGTON: Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak dan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengadakan perbincangan dua hala dengan para menteri dan pegawai kanan masing-masing, sebelum kedua-dua pemimpin mengadakan pertemuan empat mata di Pejabat Oval.

Kunjungan PM Najib ke Rumah Putih atas jemputan Presiden Trump, berlangsung lebih sejam. 

Pegawai yang berada di Rumah Putih  berkata Encik Trump mengiringi PM Najib hingga ke pintu untuk mengucapkan selamat jalan, di luar kelaziman beliau yang hanya menghantar pemimpin berkunjung  ke pejabat beliau, setakat di lantai utama.

"Trump diingatkan oleh seorang daripada pegawainya mengenai perkara itu tetapi beliau memberitahu pegawai itu yang beliau akan mengiringi PM Najib hingga ke tingkat bawah untuk mengucapkan selamat jalan.

"Trump berkata beliau (Najib) sahabat saya," menurut pegawai itu.

Pada majlis jamuan itu, perdana menteri berkata tahun  lepas  perdagangan antara Malaysia dan Amerika berjumlah hampir AS$33 bilion (S$44.3 bilion)

"Kita perlu  mengembalikan tahap interaksi kerana terdapat peluang besar bagi kedua-dua negara untuk  meneroka lebih luas dan meraih manfaat daripada hubungan perdagangan dan pelaburan yang lebih erat,” katanya.

Encik Najib berkata tahun  lepas sahaja, syarikat-syarikat Amerika membawa masuk RM5 bilion (S$1.7 bilion), atau lebih daripada US$1 bilion (S$1.34 bilion), pelaburan langsung asing (FDI) ke Malaysia. 

Amerika merupakan pelabur asing kelima terbesar di negara ini dengan jumlah saham FDI bernilai RM36 bilion atau US$8.5 bilion (S$11.4 bilion). 

Hadir sama Presiden dan CEO Majlis Perniagaan Amerika Syarikat-ASEAN Alexander Feldman, Naib Presiden Kanan Dewan Perniagaan Amerika sektor Asia, Tami Overby dan Duta Amerika di Malaysia Kamala.

Sumber : Bernama/CNA/UR/ur
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan