Images
  • jerusalem
    Bandar Lama Baitulmakdis (Gambar: Thomas Coex/ AFP). 

Trump iktiraf Baitulmakdis ibu kota Israel

WASHINGTON: Para pegawai Kanan Rumah Putih mengesahkan Presiden Donald Trump akan mengumumkan pengiktirafan Baitulmakdis sebagai ibu kota Israel hari ini(6 Dis), tanpa mengendahkan amaran keras kesilapan lalu yang boleh mencetuskan keganasan di Timur Tengah.

Pegawai kanan pentadbiran Trump berkata, beliau akan membuat pengumuman bersejarah itu, pada jam 1.00 tengah hari waktu tempatan di Rumah Putih.

Pengumuman itu dibuat di tengah-tengah amaran sekutu Amerika Syarikat di seluruh rantau itu dan dunia.

"Beliau akan berkata pemerintah Amerika Syarikat mengiktiraf Baitulmakdis sebagai ibu kota Israel.

"Beliau menilai ini sebagai pengiktirafan realiti sejarah dan realiti moden," kata pegawai yang enggan disebut namanya.

Menyemarakkan lagi perbalahan yang sudah berlarutan sejak beberapa abad antara Yahudi, Islam dan Kristian, Presiden Trump juga akan mengarahkan memulakan langkah memindahkan Kedutaan Amerika Syarikat dari Tel Aviv ke Baitulmakdis.

"Ia akan mengambil masa mencari lokasi, menangani soal keselamatan, mereka kemudahan baru, membiayai kemudahan baru dan membinanya.

"Ia mengambil masa beberapa tahun, ia akan mengambil masa," katanya, membayangkan langkah itu tidak akan dilakukan segera.

Dalam siri panggilan telefon penting menjelang pengumuman itu, pemimpin Arab Saudi, Mesir, Jordan, Kesatuan Eropah, Perancis, Jerman dan Turki memberi amaran kepada Presiden Trump mengenai tindakannya itu.

Pegawai pemerintah Amerika diarah menjauhi Kota Lama di Baitulmakdis dan Tebing Barat kerana menjangka bantahan besar-besaran.  

- AFP/SU/aq

Komen Anda?

Top