Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Trump gesa hentikan keganasan sempena Ramadan

Presiden Donald Trump mengucapkan “Ramadan yang berbahagia” kepada Muslim.

Anggaran Waktu Membaca:
Trump gesa hentikan keganasan sempena Ramadan

Presiden Amerika Syarikat Donald Trump. (Gambar: AFP/Dominik Reuter)

Diterbitkan : 27 May 2017 02:01PM Dikemas Kini : 28 May 2017 04:15PM

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump pada Jumaat (25 Mei) mengucapkan “Ramadan yang berbahagia” kepada Muslim dan menggesa mereka supaya menggunakan bulan suci ini untuk mengutuk keganasan oleh golongan pelampau.

“Bagi pihak rakyat Amerika, saya ingin mengucapkan Ramadan yang berbahagia kepada semua Muslim,” kata Presiden Trump yang akan mennggulung lawatan luar negaranya yang pertama, meliputi lawatan ke Arab Saudi.

Presiden Trump berkata bahawa selepas bertemu berpuluh-puluh pemimpim negara Muslim di ibu kota Arab Saudi, Riyadh, beliau berikrar akan berdiri teguh memerangi “keganasan dan ideologi pelampau.”

Kenyataan Presiden Trump itu dirumuskan dengan berkata: “Saya ingin mengucapkan kepada semua Muslim di seluruh dunia, sedang anda mengamalkan nilai-nilai belas ikhsan, berpuasa dan bersembahyang, semoga Tuhan merahmati anda dan keluarga anda.”

Sumber : CNA/hs
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan