Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Trump cuba hidupkan semula proses damai Israel-Palestin

Presiden Amerika Syarikat Donald Trump tiba di Israel petang tadi (22 Mei), dalam usaha menghidupkan semula proses damai Israel-Palestin.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 22 May 2017 07:55PM Dikemas Kini : 22 May 2017 10:06PM

TEL AVIV: Presiden Amerika Syarikat Donald Trump tiba di Israel petang tadi (22 Mei), dalam usaha menghidupkan semula proses damai Israel-Palestin.

Dalam tempoh dua hari akan datang, Presiden Trump dijadual bertemu dengan Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu dan Presiden Palestin Mahmoud Abbas secara berasingan.

Menjelang pertemuan dengan dua pemimpin itu, para menteri Israel meluluskan langkah-langkah bertujuan memperbaiki ekonomi Palestin dan memudahkan laluan perjalanan dari wilayah Tebing Barat ke Israel, atas permintaan Presiden Trump.

Menyifatkan langkah-langkah itu sebagai usaha membina keyakinan, seorang menteri Israel berkata ia juga bertujuan mengalu-alukan lawatan Presiden Trump tanpa menjejas kepentingan Israel sendiri.

Selepas ke Israel dan kawasan-kawasan yang ditadbir Penguasa Palestin, Presiden Trump dan rombongannya akan ke Vatican, sebelum ke Brussels dan Sicily.

Sumber : BERITA Mediacorp/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan