Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Trump arahkan AS tarik diri dari perjanjian dagang rentas Pasifik

Presiden Donald Trump mengambil langkah untuk menarik Amerika Syarikat keluar daripada Kerjasama Rentas Pasifik (TPP), dan menepati ikrarnya untuk membatalkan perjanjian yang menurutnya "mematikan pekerjaan" dan "mencabuli" kepentingan-kepentingan AS.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 24 Jan 2017 09:34AM Dikemas Kini : 24 Jan 2017 09:38PM

WASHINGTON: Presiden Donald Trump mengambil langkah untuk menarik Amerika Syarikat keluar daripada Kerjasama Rentas Pasifik (TPP) pada Isnin (23 Jan). Beliau menepati ikrarnya untuk membatalkan perjanjian itu, yang menurutnya "mematikan pekerjaan" dan "mencabuli" kepentingan-kepentingan AS.

Dalam minggu pertamanya menyandang jawatan barunya itu, presiden AS yang ke-45 itu mula membentangkan agenda dasarnya dengan menandatangani siri arahan-arahan eksekutif.

Antara yang pertama adalah memo tentang menarik diri daripada perjanjian perdagangan besar-besaran, TPP, yang bertujuan menetapkan peraturan perdagangan untuk abad ke-21 dan bersekutu dengan Amerika Syarikat di tengah-tengah pengaruh ekonomi China yang kian meningkat.

"Kami sudah lama bercakap tentang ini," kata Encik Trump sedang beliau menandatangani arahan eksekutif itu di Pejabat Bundar. "Apa yang kami baru lakukan ini adalah sesuatu yang hebat untuk pekerja Amerika."

TPP, yang dipromosikan Washington dan ditandatangani oleh 12 negara pada 2015, belum lagi berkuatkuasa dan penarikan Amerika Syarikat mungkin akan menamatkan perjanjian itu.

Negara-negara yang memeterainya - Australia, Brunei, Kanada, Chile, Jepun, Malaysia, Mexico, New Zealand, Peru, Singapura dan Amerika Syarikat - bersama-sama mewakili 40 peratus ekonomi dunia.

Sebahagian kempen Encik Trump untuk memegang jawatan di Rumah Putih itu adalah dengan berikrar untuk membatalkan perjanjian-perjanjian perdagangan - seperti TPP dan Perjanjian Perdagangan Bebas Amerika Utara - yang kata beliau menyebabkan Amerika Syarikat ketandusan pekerjaan dan merosakkan pusat-pusat industrinya.

Encik Trump juga memeterai dua lagi arahan, iaitu membekukan pengambilan pekerja persekutuan dan melarang AS daripada memberikan pembiayaan persekutuan bagi pertubuhan-pertubuhan bukan pemerintah (NGO) asing yang menyokong pengguguran bayi.

Sumber : AFP/nd
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan