Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Tragedi Manchester: Polis Britain buat rondaan di semua perkhidmatan kereta api

Menyusuli serangan bom di Manchester pada Isnin lalu (22 Mei), polis Britain akan melakukan rondaan bersenjata ke atas perkhidmatan kereta api di merata negara itu, buat pertama kalinya.

Anggaran Waktu Membaca:
Tragedi Manchester: Polis Britain buat rondaan di semua perkhidmatan kereta api

Polis Britain akan melakukan rondaan bersenjata ke atas perkhidmatan kereta api di merata negara itu, buat pertama kalinya. (Gambar: AFP/PAUL ELLIS)

Diterbitkan : 26 May 2017 07:58PM Dikemas Kini : 26 May 2017 08:01PM

MANCHESTER :Menyusuli serangan bom di Manchester pada Isnin lalu (22 Mei), polis Britain akan melakukan rondaan bersenjata ke atas perkhidmatan kereta api di merata negara itu, buat pertama kalinya.

Polis Britain menyatakan rondaan itu adalah sebahagian daripada pelan kebangsaan untuk menangani ancaman berterusan dan bukan susulan maklumat risik tertentu.

Rondaan sedemikian sudah dilakukan pada perkhidmatan kereta api bawah tanah London, sejak Disember lalu.

Sementara itu, polis Britain menangkap seorang lagi lelaki berhubung serangan bom di Manchester.

Tujuh lagi lelaki sudah pun ditahan sebelum ini.

Sumber : Agensi berita/ur
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan