Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Tragedi kembar London: Pemimpin S'pura utus takziah

Para pemimpin Singapura mengucapkan takziah kepada rakan sejawatan mereka di UK berhubung tragedi berkembar di London.

Anggaran Waktu Membaca:
Tragedi kembar London: Pemimpin S'pura utus takziah

Para pegawai polis di tempat kejadian selepas sebuah van merempuh para pejalan kaki di luar masjid utara London. (Gambar: Thomas Van Hulle/Social Media via REUTERS)

Diterbitkan : 20 Jun 2017 07:32PM Dikemas Kini : 20 Jun 2017 07:33PM

SINGAPURA: Para pemimpin Singapura mengucapkan takziah kepada rakan sejawatan mereka di UK berhubung tragedi berkembar di London.

Ini mengenai serangan dekat sebuah masjid di Finsbury Park semalam (19 Jun) serta kejadian kebakaran di bangunan tempat tinggal, Grenfell Tower yang menyebabkan hampir 80 orang mati setakat ini.

Presiden Tony Tan Keng Yam mengutuk keras serangan di Finsbury Park.

Dr Tan berkata beliau "terkejut" sambil menambah bahawa usaha untuk membina jambatan hubungan antara kaum dan agama diperlukan lebih-lebih lagi pada masa ini.

Perdana Menteri Lee Hsien Loong juga menyuarakan rasa "terkejut dan sedih" beliau atas serangan di Finsbury Park.

Tambahnya tindakan sedemikian tidak boleh diterima dan jenayah yang berunsurkan Islamofobia perlu dikutuk sama sekali sebagai "pengganasan jihad ekstremis".

Beliau turut menyuarakan rasa sedihnya berhubung kebakaran di Grenfell Tower.

Kebakaran besar itu, katanya, cukup mengejutkan dunia.

Menteri Perhubungan dan Penerangan Dr Yaacob Ibrahim pula berkata: "Serangan ke atas para jemaah masjid di London itu menunjukkan bagaimana pengganasan boleh tercetus daripada Islamofobia."

Dr Yaacob turut mendoakan semua keluarga mangsa. 

Sumber : CNA/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan