Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Tindakan serantau, antarabangsa diperlukan dalam tangani pencemaran - Masagos

Usaha di peringkat nasional untuk menangani masalah pencemaran adalah penting tetapi belum mencukupi.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 05 Dec 2017 08:32PM Dikemas Kini : 05 Dec 2017 09:44PM

NAIROBI: Usaha di peringkat nasional untuk menangani masalah pencemaran adalah penting tetapi belum mencukupi.

Apa yang diperlukan adalah tindakan serantau dan antarabangsa.

Demikian menurut Menteri Sekitaran dan Sumber Air, Masagos Zulkifli semasa berucap di Perhimpunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai Sekitaran yang berlangsung di Nairobi, Kenya.

Encik Masagos menyebut usaha Singapura membersihkan Sungai Singapura sebagai bukti bahawa dengan wawasan, tekad dan kesatuan, negara-negara dunia boleh mengambil langkah tegas dalam mewujudkan bumi yang bebas pencemaran.

Beliau juga menyebut beberapa contoh tentang cara Singapura menangani masalah pencemaran udara. Ini termasuklah peraturan ketat kenderaan dan memperkenalkan cukai karbon mulai tahun 2019.

Encik Masagos turut menekankan pentingnya kerjasama di peringkat pemerintah dalam menangani pencemaran rentas sempadan seperti jerebu.

"Saya menyampaikan bahawa rakyat Singapura dapat menikmati persekitaran yang sangat baik dari segi udara, air dan juga daripada sekitaran yang ada. Tapi kita harus lebih banyak lagi menjalankan usaha bersama untuk memastikan kita dapat terus menikmatinya.

"Saya gembira banyak sekali VWO dan juga perusahaan yang memberikan ikrar untuk bersama kita untuk terus menjamin persekitaran yang makmur dan kita dapat menikmatinya," kata Encik Masagos kepada media selepas ucapannya itu.

Kumpulan-kumpulan masyarakat sivil yang disebut beliau termasuk Belia Singapura bagi Tindakan Iklim, #LepakinSG, PM Haze dan Plastic Lite.

Memuji usaha kumpulan-kumpulan tersebut dalam menggalak rakyat untuk berbelanja secara mampan, Encik Masagos berkata usaha dari masyarakat sendiri seperti itu kian membuahkan hasil.

Syarikat-syarikat kini mula memastikan produk masing-masing disahkan daya kemampanannya serta sama-sama berikrar menentang perubahan iklim dan pencemaran.  

Sumber : CNA/RL/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan