Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Tidak terikat, PAS sasar tanding lebih banyak kerusi

Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan berkata parti itu berpeluang bertanding lebih banyak kerusi pada pilihan raya umum ke-14 kerana kini tidak lagi terikat dengan mana-mana pihak atau pakatan kecuali Gagasan Sejahtera. 

Anggaran Waktu Membaca:
Tidak terikat, PAS sasar tanding lebih banyak kerusi

Gambar bendera Parti Islam SeMalaysia (PAS) (Gambar: AFP PHOTO/TENGKU BAHAR)

Diterbitkan : 23 Sep 2017 12:42PM Dikemas Kini : 23 Sep 2017 12:46PM

KOTA BHARU: Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan berkata parti itu berpeluang bertanding lebih banyak kerusi pada pilihan raya umum ke-14 kerana kini tidak lagi terikat dengan mana-mana pihak atau pakatan kecuali Gagasan Sejahtera.

Beliau juga yakin peluang PAS kini lebih cerah di kawasan bandar berdasarkan penerimaan masyarakat terhadap parti itu yang semakin baik di kawasan berkenaan.

"Pada pilihan raya umum akan datang kita mungkin akan bertanding di lebih 100 kerusi parlimen dengan sasaran minimum menang 40 kerusi Parlimen, " katanya kepada pemberita pada Sambutan Jubli Emas 50 tahun PAS Kawasan Kota Bharu di Medan ilmu, pada malam tadi (22 Sep).

Datuk Takiyuddin turut membayangkan hasrat parti itu untuk bertanding di Parlimen Kuantan, Pahang, kerana melihat ada peluang di kawasan berkenaan memandangkan parti itu kini menguasai Dewan Undangan Negeri Beserah dan Tanjung Lumpur yang berada dalam Parlimen berkenaan
 

Sumber : Bernama/ur
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan