Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Tidak bersolek, tidak pakai barang kemas pada hari perkahwinan, wanita cetus bahas hangat online

Seorang wanita Bangladesh yang memuat naik gambarnya secara online mencetuskan perbahasan hangat mengenai perbelanjaan tinggi majlis-majlis perkahwinan di negara-negara miskin.

Anggaran Waktu Membaca:
Tidak bersolek, tidak pakai barang kemas pada hari perkahwinan, wanita cetus bahas hangat online

Cik Tasnim Jara pada hari perkahwinannya. (Gambar: AFP/Handout)

Diterbitkan : 11 Aug 2017 11:19PM Dikemas Kini : 12 Aug 2017 10:56PM

DHAKA: Seorang wanita Bangladesh yang memuat naik gambarnya secara online mencetuskan perbahasan hangat mengenai perbelanjaan tinggi majlis-majlis perkahwinan di negara-negara miskin.

Ini kerana beliau setakat memakai sari milik neneknya tanpa mengenakan walau secalit solekan atau dihiasi barangan kemas, meskipun bergelar raja sehari.

Cik Tasnim Jara, yang mengendalikan sebuah badan amal yang menyediakan jagaan perubatan bagi orang miskin, berkata beliau mahu mencabar pandangan ramai orang yang menyatakan seseorang pengantin wanita mesti dihiasi barangan kemas pada hari perkahwinannya.

"Secara peribadi, saya berasa kita perlu mengubah pemikiran sedemikian," tulis beliau dalam satu catatan di laman Facebook yang setakat ini sudah menerima lebih 104,000 'likes' dan dikongsi lebih 27,000 kali.

"Seorang gadis tidak perlu menyapu losyen pemutih, memakai rantai emas atau sari mahal semata-mata untuk diterima sebagai pengantin atau meningkatkan keyakinan diri."

Cik Jara berkata pilihannya ditentang saudara-mara, yang sebahagiannya enggan bergambar dengan beliau.

"Saya bimbang dengan gambaran sempit masyarakat kita tentang pengantin wanita - dengan solekan yang tebal, pakaian yang berat dan barangan kemas yang terlalu sarat."

"Jangan terpedaya, gambaran gah seorang pengantin wanita tidak menunjukkan kedudukan sebenar kewangan ataupun keadaan seorang wanita dalam keluarga."

Catatan Cik Jara mencetuskan perbahasan hangat di negara yang majoriti pendudukannya beragama Islam, di mana keluarga lazimnya mengeluarkan belanja yang besar untuk sesebuah majlis perkahwinan sehingga ada yang terperangkap dalam bebanan hutang bertahun-tahun lamanya.

Menurut seorang warga siber, Cik Jara "tidak berhak mengkritik" orang lain yang mahu membelanjakan wang mereka untuk solekan dan barangan kemas.

Namun sebahagian besar daripada sekitar 1,500 komen bagi catatan itu bersetuju dengan Cik Jara.

"Ini satu langkah yang amat bagus. Saya juga tidak suka budaya sedemikian," kata seorang lagi warga siber.

Sumber : AFP/NK/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan