Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Tiada keamanan tanpa huraian 2 negara - Raja Jordan

Raja Abdullah bagi Jordan berkata, keamanan tidak akan dicapai di Timur Tengah tanpa penubuhan negara Palestin di bawah huraian dua negara berbeza bagi Palestin dan Israel.

Anggaran Waktu Membaca:
Tiada keamanan tanpa huraian 2 negara - Raja Jordan

Raja Abdullah II dari Jordan (dua dari kanan) bersama Raja Salman bin Abdulaziz al-Saud dari Arab Saudi (dua dari kiri). (Gambar: Khalil MAZRAAWI / AFP)

Diterbitkan : 29 Mar 2017 08:01PM Dikemas Kini : 29 Mar 2017 08:30PM

JORDAN: Raja Abdullah bagi Jordan berkata, keamanan tidak akan dicapai di Timur Tengah tanpa penubuhan negara Palestin di bawah huraian dua negara berbeza bagi Palestin dan Israel.

Formula tersebut tambah beliau menjadi asas bagi perjanjian damai Arab-Israel yang menyeluruh.

Dalam ucapannya semasa memulakan Sidang Puncak Arab di pinggir Laut Mati, Raja Abdullah berkata, Israel menghancurkan peluang perdamaian dengan mempercepat pembinaan petempatan-petempatan di wilayah-wilayah Palestin yang didudukinya.

"Tiada perdamaian dan kemantapan di rantau ini tanpa huraian yang adil dan menyeluruh kepada perjuangan Palestin, menerusi huraian dua negara," hujah Raja Abdullah.

MALAPETAKA JIKA ISRAEL UBAH KEDUDUKAN HARAM AL SHARIF DAN MASJIDIL AQSA

Dalam sidang puncak sehari itu, para pemimpin Arab yang jelas berbeza-beza pandangan, akan cuba mencari persamaan demi menyatakan komitmen mereka kepada penubuhan sebuah negara Palestin. Matlamat tersebut yang sudah kini menjadi tanda tanya setelah Presiden Doland Trump bagi Amerika Syarikat mula menyuarakan dasar-dasar yang mampu memporak perandakan formula dua negara itu.

Semasa satu sidang media dengan Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu di Rumah Putih, Encik Trump mengisyaratkan bahawa beliau terbuka kepada huraian "satu negara" bagi konflik Israel-Palestin.

Sebaliknya, pihak Palestin dan Arab mahukan wilayah Arab di Baitulmakdis Timur dijadikan sebagai ibu kota Palestin, dan turut merangkumi wilayah Tebing Barat dan Carikan Gaza.

Baitulmakdis Timur ditawan Israel semasa perang tahun 1967 dan ia terus mendudukinya - suatu langkah yang tidak direstui masyarakat antarabangsa.

Raja Abdullah, yang menjadi penjaga tapak-tapak suci muslim di Baitulmakdis, berkata bahawa sebarang langkah Tel Aviv untuk mengubah kedudukan Haram Al Sharif dan Masjidil Aqsa akan mendatangkan malapetaka kepada masa depan rantau Timur Tengah.

Sumber : Reuters/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan