Images
  • facebook (1)
    (Gambar: REUTERS/Philippe Wojazer/File Photo)

Thailand batal rancangan untuk sekat Facebook

BANGKOK: Thailand membatalkan rancangannya untuk mengharamkan laman media sosial Facebook di negara itu kerana ada sejumlah kandungannya dianggap menghina raja Thai.

Siang tadi (16 Mei), pihak berkuasa menyampaikan arahan mahkamah kepada Facebook Thailand supaya menghapuskan kandungan tersebut.

Menurut Setiausaha Agung Penyelia Penyiaran Thailand, Takorn Tantasith, pihak Facebook berjanji akan mematuhi arahan itu.

Minggu lalu, pihak berkuasa Thai sudahpun memberi tempoh sehingga 10.00 pagi tadi bagi Facebook Thailand menyekat lebih 130 muka suratnya kerana dianggap menghina raja atau mengancam keselamatan negara.

Kementerian Teknologi Perhubungan Maklumat Thailand pernah mengenakan sekatan terhadap Facebook dalam tahun 2014 selepas rampasan kuasa tentera.

- AFP/im

Komen Anda?

Top