Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Terperangkap: Orang Rohingnya derita di kawasan bebas

Tetapi Karim dan beribu-ribu jirannya dari kampung-kampung Rohingya berdekatan dengan kawasan sempadan, menghadapi satu dilema yang unik.

Anggaran Waktu Membaca:
Terperangkap: Orang Rohingnya derita di kawasan bebas

Pelarian Rohingya. (Gambar: Munir Uz Zaman/AFP)

Diterbitkan : 13 Sep 2017 09:31PM Dikemas Kini : 13 Sep 2017 09:36PM

COX'S BAZAR, BABNGLADESH: Sehingga akhir bulan lalu, Encik Syed Karim menanam padi dan tebu di sebuah kawasan bebas di sempadan antara hujung Myanmar dan permulaan sempadan Bangladesh.

Pada 25 Ogos, lelaki Muslim Rohingya yang berusia 26 tahun itu meninggalkan rumahnya di sebuah kampung Myanmar yang berdekatan dan berpindah ke kawasan yang tidak didiami oleh sesiapa pun. Ini kerana beliau melarikan diri daripada serangan tentera terhadap masyarakatnya sebagai tindak balas terhadap serangan-serangan militan.

Dianggarkan seramai 370,000 orang Rohingya melarikan diri ke Bangladesh sejak hari itu. Tetapi Karim dan beribu-ribu jirannya dari kampung-kampung Rohingya berdekatan dengan kawasan sempadan, menghadapi satu dilema yang unik.

Mereka sudah melarikan diri ke zon penampan di sempadan tetapi berada dalam keadaan buntu kerana tiada lagi tempat untuk mereka pergi. Pegawai keselamatan Bangladesh diberi arahan untuk tidak membiarkan mereka masuk, kata Encik Monzurul Hassan Khan, seorang pegawai pengawal sempadan Bangladesh.

Beberapa penduduk Rohingya yang berada di sana berkata mereka terlalu takut untuk pulang ke rumah masing-masing tetapi belum bersedia untuk meninggalkannya sama sekali dan digelar pelarian di Bangladesh.

"Saya dapat melihat rumah saya tetapi saya tidak boleh pergi ke sana," kata Encik Karim, di mana kampung Taung Pyo Let Yar boleh dilihat dari pondoknya di kawasan bebas itu.

Seorang pegawai hak asasi manusia PBB yang terkemuka menyifatkan operasi-operasi Myanmar terhadap orang Rohingya sebagai "contoh bagaimana melakukan pembersihan etnik" dan Majlis Keselamatan akan bertemu untuk membincangkan keadaan tersebut.

Zon penampan seluas 16.2-hektar itu, atau sekitar sebesar 40 padang bola sepak, boleh didapati di sempadan itu, dengan pagar dawai berduri di sebelah Myanmar dan sebatang sungai di sebelah Bangladesh. 

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan